123ArticleOnline Logo
Welcome to 123ArticleOnline.com!

ALL » Health >> View Article

Pengurusan Diet Pesakit

By Expert Author: Lou Mooney

MAKAN melalui tiub suapan adalah alat yang biasa digunakan di kebanyakan hospital dan penggunaannya adalah untuk membantu jururawat memberi makan kepada pesakit yang telah hilang keupayaan untuk menelan. Bagi pesakit yang tidak boleh makan dan minum secara oral dengan jumlah yang cukup dan berisiko tinggi untuk aspirasi, ia harus menggunakan tiub pemakanan (Ryles tube) sehingga keupayaan untuk menelan pulih. Laluan dan kaedah pemakanan melalui tiub biasanya akan ditetapkan oleh pihak hospital atau klinik. Namun, ahli keluarga hendaklah memilih produk yang sesuai untuk digunakan semasa di rumah.

Kesukaran menelan makanan atau disfagia adalah masalah yang biasa berlaku pada semua peringkat umur, tetapi lebih kerap pada orang tua berumur 60 tahun ke atas, terutama pesakit yang mengalami kecederaan pada sistem saraf seperti strok, Parkinson atau sklerosis multipel.

Namun, masalah kesukaran menelan makanan lebih kerap berlaku pada pesakit strok (30 peratus), bayi pramatang (lahir tidak cukup bulan) dan kanak-kanak menghidap meningitis, palsi serebrum (serebral palsy atau ketidaknormalan perkembangan otak bayi) atau mengalami sumbing lelangit.

Menelan makanan menjadi masalah besar kepada mereka kerana ia menyebabkan kesakitan dan akibatnya pesakit sukar mendapat kalori dan air yang cukup untuk badan.

Bagaimana masalah ini berlaku? Orang yang sihat dianggarkan menelan makanan, minuman dan air liur beberapa ratus kali sehari. Menelan makanan adalah satu proses kompleks membabitkan kira-kira 30 pasang otot dan enam pasang saraf kranial untuk menggerakkan makanan.

Bagi kita yang sihat, ia berlaku tanpa disedari. Proses menelan ada beberapa peringkat, bermula dengan persediaan oral iaitu makanan dikunyah (dipecahkan kepada saiz tertentu dan mencampurkannya dengan air yang bertindak melembut dan melicinkan makanan supaya mudah ditelan).

Pada peringkat kedua, lidah menolak makanan ke belakang mulut untuk memulakan tindak balas menelan. Makanan akan memasuki farinks (tiub berotot yang menyambungkan mulut dengan esofagus; iaitu saluran makanan). Ketika ini larinks (peti suara) akan tertutup rapat dan nafas terhenti untuk mengelakkan makanan atau minuman memasuki paru-paru.

Peringkat ketiga bermula apabila makanan atau cecair memasuki esofagus, laluan yang membawa makanan ke dalam perut. Proses dalam peringkat ini biasanya mengambil masa lapan ke 20 saat, namun ia bergantung kepada tekstur dan kepekatan makanan. Ketika ini pergerakan makanan berlaku di luar kawalan kita.

Pakar Patologi Pertuturan-Bahasa, Joey Pang Mei Ling, berkata disfagia berlaku apabila ada gangguan dalam mana-mana proses menelan.

Otot lidah dan pipi yang lemah akan menyukarkan pergerakan makanan dalam mulut ketika dikunyah. Ini menyebabkan makanan tidak cukup halus untuk ditelan.

Serpihan makanan yang terlalu besar untuk ditelan boleh menutup laluan udara dan menyebabkan seseorang tersedak. Selain itu kesukaran menelan juga berlaku jika tidak berlaku rangsangan menelan, terutama pada pesakit strok atau masalah gangguan sistem saraf.

Selain itu, masalah ini juga boleh disebabkan otot tekak atau esofagus, menyebabkan makanan tidak boleh bergerak ke perut.

Katanya, masalah timbul apabila makanan yang sepatutnya memasuki saluran esofagus tersasar ke dalam laluan udara dan paru-paru. Keadaan ini dikenali sebagai aspirasi. Ia boleh berlaku jika peti suara tidak berfungsi dengan baik dan menyebabkan makanan masuk ke paru-paru.

Kehadiran makanan dalam paru-paru boleh menimbulkan jangkitan yang dipanggil pneumonia aspirasi.

Ramai pesakit tua meninggal dunia akibat masalah pneumonia aspirasi. Makanan yang tersilap masuk ke saluran pernafasan ini boleh dikeluarkan jika pesakit berupaya batuk kuat apabila tersedak atau batuk, tetapi ramai orang tua tidak berupaya berbuat demikian. Malah, ada yang tidak mengesan masalah aspirasi disebabkan sistem deria kurang peka selepas serangan ini, terutama apabila diserang strok.

Ia boleh menjadi masalah serius kerana pesakit ada kecenderungan mengalami kekurangan zat jika ia dibiarkan berlarutan. Jadi keluarga perlu peka dengan keadaan pesakit, terutama orang tua.

Untuk jururawat bergerak di ipoh, lawati http://www.jururawatbergerak.my/

Total Views : 50Word Count Appx. : 563See All articles From Author

Health Articles

1. Sore Male Organ? Masterdating May Help
Author: John Dugan

2. Things To Surrogacy Consider When Contemplating
Author: Ross Barkely

3. Super Formula From Getting Relief From Pains: Supporters
Author: Nimesh Thakkar

4. Prevent Diabetes – Ask Your Diabetologist
Author: Rajesh Kesari

5. Psychotherapy And Clinical Hypnotherapist
Author: Becky Carver

6. What Are The Primary Benefits Of Invisalign?
Author: James Franklin

7. Lead A Road To Recovery With The Reliable Rehabilitation Centers!
Author: rapiddetoxhelpline

8. Brandon Tmj Treatment Center Discusses Craniofacial Pain Conditions
Author: Cynthia Bowers

9. Brandon Sleep Center Discusses Sleep Breathing Disorders In Children
Author: Cynthia Bowers

10. Taurine For Hair Loss—does It Work?
Author: Ricky Martin

11. How To Choose The Right Orthodontist In Cumming
Author: Susan Podray is the author of this Article.

12. Natural Treatment For Low Hemoglobin To Boost Iron Levels In Body
Author: Jonthan Wilder

13. How To Reduce Excess Stomach Acid And Get Rid Of Gas And Bloating?
Author: Jonthan Wilder

14. How To Improve Memory Power And Prevent Forgetfulness Habit In Adults?
Author: Jonthan Wilder

15. How To Improve Liver Functions Naturally With Herbal Supplements?
Author: Jonthan Wilder

Login To Account
Login Email:
Password:
Forgot Password?
New User?
Sign Up Newsletter
Email Address: